Contoh Susunan Kelas Untuk Pembelajaran Abad Ke-21

Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.
 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.Semoga perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan contoh dan keperluan yang perlu ada bagi sesebuah kelas abad ke 21.

Comments

Popular posts from this blog

Aduan Talian 1BestariNet Di 1BestariNet Self Care